15 Feb 2009 - Satu XTVT dijalankan oleh ProCC Motorsport Pulau Pinang dibawah anjura bersama ProCC Adventure Team dan ProCC Radio Amatur Team serta Kerjasama antara Taman Negera Pulau Pinang.
XTVT ini dinamakan Ekspedisi ke Pantai Kerachut Telok Bahang disertai sebanyak 40 Peserta dimana kebanyakan peserta dari ahli kelab sendiri. Peserta Berkumpul di Dataran Telok Bahang Untuk sesi taklimat oleh ketua ekspedisi serta ucapan dari penolong ketua cawangan negeri pulau pinang.
Selesai taklimat dan ucapan, satu senaman ringan untuk menegangkan urat-urat dan menaikan semangat untuk ekspedisi ini. Tepat jam 11:00pg peserta dilepaskan oleh ketua kumpulan masing-masing dan mendahului team mencari jerjak di ikuti oleh 3 team yang seramai 10 orang setiap team.
Pejalanan menuju ke pantai kerachut telok bahang merentasi Hutan Simpanan Telok Bahang yang sangat indah dari segi Flora dan Fauna. Semasa ekpedisi dijalankan kami semua tidak dibenarkan memetik atau menebas setiap pokok yang berada di huntan simpanan itu kerana diketegorikan sebagai pokok terjaga.
Setelah mengharugi denai dan lurah bukit kami kesemua peserta sampai ke distinasi yang hendak ditujui iaitu pantai kerachut. Peserta merehatkan diri menbuat segala keletihan di sana serta mendirikan khemah. Disana xtvt bebas dan menghayati pemandangan hijau dan lautan yang luas serta mandi manda.
sepanjang berada di pantai kerachut tiada xtvt yang dijalankan hanya xtvt melihat anak penyu dan riadah antara satu sama lain. keindahan di sana sunguh menyeronokkan serta menikmati udara yang segar.
Setelah selesai dalam pukul 4:30, 4 buah Bot telah berada di pantai untuk menjemput kami pulang ke dataran telok bahang. Semasa pejalanan pulang kami menikmati keindahan suasana lautan dan melihat nelayan menangkap ikan di pantai.
Setelah kesemua peserta berkumpul di dataran telok bahang pihak taman negara sudi menberi sijil penyertaan kepada ahli procc yang mengikuti expdc ini. kami dari pihak procc juga menberi cenderahati dan sijil perhargaan kepada taman negara pulau pinang dan sesi bergambar dijalankan untuk tatapan masa akan datang. Peserta bersurai... terima kasih.
5 ulasan:
weyh...jendy glemer arrr... terbang2
sapa bg ni r...
farah ka..??
bleh saman nih..
wah ni nak gi court saman ni... kerja sapa niha hehehe.. dyenne ko marah ke, kalau marah tu cepat tua heheheh ~.~ gambar ni dalam simpanan shj di remote
weh..gmbq kita ramai² masa kt depan opis tmn negara tu..masuk surat khabq r..SINAR 22/2/09
au sedang mencari ni kenape tak habar awal sikit
Catat Ulasan