Khamis, 2 April 2009

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2009-1
PEMBERITAHUAN

Menurut Peraturan 26(2) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur
pada 24 Jun 2009. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah
dipelawa untuk mendudukinya. Butiran lengkap peperiksaan adalah seperti berikut:
Borang permohonan boleh diperolehi dari Ibu Pejabat SKMM, pejabat-pejabat wilayah SKMM dan
melalui laman web SKMM di www.skmm.gov.my. Sila tuliskan perkataan “RAE 2009-1” di sudut atas kiri
sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan
perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Deraf Bank tempatan atas nama
“SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA”. Sila hantar borang permohonan yang
lengkap diisi beserta bayarannya dan satu salinan kad pengenalan pemohon ke pejabat wilayah SKMM,
menurut pusat peperiksaan yang dipilih seperti di bawah.
Pusat Peperiksaan
(Wilayah)
UTARA

Pegawai untuk dihubungi
Puan Khalijah Ahmad
T : +60 4 32 38 228
F : +60 4 32 39 448
Alamat Pejabat Wilayah SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Utara
Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
Jalan Bagan Luar
12000 Butterworth
Pulau Pinang

Tarikh Tutup
Permohonan
17 April 2009
Jam 5:00 Petang
BORANG