Ahad, 4 Januari 2009

MAJLIS PERSANDINGAN AHLI PROCC PULAU PINANG PADA 10/1/09

ProCC Media

4 Januari 2008 - Salam menyusun sepuluh jari, tanda jemputan ke majlis putera ahli procc penang nasriq dgn nurul aisyah pada 10/1/09 di kelab sukan penjara pulau pinang. Kehadiran ahli ProCC Penang dapat memeriahkan lagi majlis kali ini. salam kami kepada semua ahli ProCC Penang.

Siapa yang hendak menghadirkan diri kerumah kenduri ini diminta berkumpul pukul 1:00 ptg di caltex bayan baru pada hari kejadian harap maklum, mari beramai - ramai datang ke majlis ini terima kasih.
KONVOI PENUTUP PROCC UTARA KE SEDIM TAHUN 2008
ProCC Media

Photobucket
Pulau Pinang, 25 Disember 2008 - Satu tanda kerjasama dijalinkan diantara ProCC Pulau Pinang, ProCC Perak, ProCC Kedah dan ProCC Perlis untuk menjayakan satu aktiviti konvoi santai penutup ProCC Utara 2008 ke Pusat Arus Deras Sedim Kulim , Kedah. Aktiviti ini juga disertai oleh seorang ahli ProCC Pahang iaitu saudara Riyad, yang mana aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 72 buah biji kereta dan seramai 125 orang ahli bersama keluarga.
Photobucket

Aktiviti ini bermula pada pukul 8 pagi dimana kesemua ahli berkumpul di lokasi yang ditetap iaitu di tol BKE Kubang Semang. Di tempat berkumpul kesemua ahli disediakan sedikit sarapan pagi,disamping itu satu taklimat konvoi diberikan oleh penolong pengurus 1 procc Pulau Pinang En Azhar dan disertai bacaan doa oleh penolong pangurus 2 En Hafiz bagi mengiringi konvoi ini. Setelah semua ahli bersiap sedia,tepat jam 9.30 pagi konvoi mula bergerak ke sedim,yang mana pergerakan konvoi di atas lebuh raya dilakukan dalam kumpulan yang kecil atas nasihat polis, dan konvoi bergabung semula selepas tol keluar BKE.
Photobucket
Setelah hampir 40 minit perjalanan melalui kawasan perindustrian dan kampung-kampung di sekitar kulim,konvoi pun selamat tiba di destinasi yang dituju dgn disambut sedikit hujan renyai.setelah selesai urusan parking kesemua kenderaan, kesemua peserta berkumpul dan duduk dibawah khemah yang telah disediakan sambil berborak-borak bagi mengeratkan silaturrahim ahli dari pebagai negeri dan latar belakang dan dalam masa yang sama pihak penganjur bertungkus lumus menyediakan makanan bg peserta.Setelah makanan telah siap dihidangkan semua peserta mula menjamu selera.
Photobucket
Selepas menjamu selera inilah saat-saat yang di nantikan oleh kesemua ahli untuk bermandi manda sambil merehatkan diri setelah penat memandu. Selesai sahaja bermandi manda,aktiviti diteruskan dengan satu permainan meniup belon sehingga pecah diadakan bagi megeratkan hubungan sesama ahli.selepas selesai permainan, semua peserta dan urusetia program mula berkemas untuk kedetinasi seterusnya yang telah dirancang iaitu empangan menkuang untuk sesi bergambar.

Photobucket
Tepat pukul 4 petang konvoi mula bergerak ke empangan menkuang dan telah sampai di sana pada pukul 4.30 petang.setelah sesi bergambar,kesemua ahli mendengar taklimat terakhir dan bersalam-salam menandakan berakhirnya satu lagi aktiviti gabungan ProCC Utara. Pihak ProCC Pulau Pinang mengucapkan ribuan trima kasih kepada semua ahli yang terlibat dan berharap aktiviti sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap.