Ahad, 4 Januari 2009

MAJLIS PERSANDINGAN AHLI PROCC PULAU PINANG PADA 10/1/09

ProCC Media

4 Januari 2008 - Salam menyusun sepuluh jari, tanda jemputan ke majlis putera ahli procc penang nasriq dgn nurul aisyah pada 10/1/09 di kelab sukan penjara pulau pinang. Kehadiran ahli ProCC Penang dapat memeriahkan lagi majlis kali ini. salam kami kepada semua ahli ProCC Penang.

Siapa yang hendak menghadirkan diri kerumah kenduri ini diminta berkumpul pukul 1:00 ptg di caltex bayan baru pada hari kejadian harap maklum, mari beramai - ramai datang ke majlis ini terima kasih.
KONVOI PENUTUP PROCC UTARA KE SEDIM TAHUN 2008
ProCC Media

Photobucket
Pulau Pinang, 25 Disember 2008 - Satu tanda kerjasama dijalinkan diantara ProCC Pulau Pinang, ProCC Perak, ProCC Kedah dan ProCC Perlis untuk menjayakan satu aktiviti konvoi santai penutup ProCC Utara 2008 ke Pusat Arus Deras Sedim Kulim , Kedah. Aktiviti ini juga disertai oleh seorang ahli ProCC Pahang iaitu saudara Riyad, yang mana aktiviti ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 72 buah biji kereta dan seramai 125 orang ahli bersama keluarga.
Photobucket

Aktiviti ini bermula pada pukul 8 pagi dimana kesemua ahli berkumpul di lokasi yang ditetap iaitu di tol BKE Kubang Semang. Di tempat berkumpul kesemua ahli disediakan sedikit sarapan pagi,disamping itu satu taklimat konvoi diberikan oleh penolong pengurus 1 procc Pulau Pinang En Azhar dan disertai bacaan doa oleh penolong pangurus 2 En Hafiz bagi mengiringi konvoi ini. Setelah semua ahli bersiap sedia,tepat jam 9.30 pagi konvoi mula bergerak ke sedim,yang mana pergerakan konvoi di atas lebuh raya dilakukan dalam kumpulan yang kecil atas nasihat polis, dan konvoi bergabung semula selepas tol keluar BKE.
Photobucket
Setelah hampir 40 minit perjalanan melalui kawasan perindustrian dan kampung-kampung di sekitar kulim,konvoi pun selamat tiba di destinasi yang dituju dgn disambut sedikit hujan renyai.setelah selesai urusan parking kesemua kenderaan, kesemua peserta berkumpul dan duduk dibawah khemah yang telah disediakan sambil berborak-borak bagi mengeratkan silaturrahim ahli dari pebagai negeri dan latar belakang dan dalam masa yang sama pihak penganjur bertungkus lumus menyediakan makanan bg peserta.Setelah makanan telah siap dihidangkan semua peserta mula menjamu selera.
Photobucket
Selepas menjamu selera inilah saat-saat yang di nantikan oleh kesemua ahli untuk bermandi manda sambil merehatkan diri setelah penat memandu. Selesai sahaja bermandi manda,aktiviti diteruskan dengan satu permainan meniup belon sehingga pecah diadakan bagi megeratkan hubungan sesama ahli.selepas selesai permainan, semua peserta dan urusetia program mula berkemas untuk kedetinasi seterusnya yang telah dirancang iaitu empangan menkuang untuk sesi bergambar.

Photobucket
Tepat pukul 4 petang konvoi mula bergerak ke empangan menkuang dan telah sampai di sana pada pukul 4.30 petang.setelah sesi bergambar,kesemua ahli mendengar taklimat terakhir dan bersalam-salam menandakan berakhirnya satu lagi aktiviti gabungan ProCC Utara. Pihak ProCC Pulau Pinang mengucapkan ribuan trima kasih kepada semua ahli yang terlibat dan berharap aktiviti sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap.

Jumaat, 2 Januari 2009




DENGAN SUKACITANYA SAYA MENBUKA BLOG PENANG PADA TAHUN 2009 DGN RASMINYA.


KERANA KITA ProCC


Khamis, 1 Januari 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 DARI PROCC PENANG KEPADA SEMUA PROCC MALAYSIA
DIHARAPKAN TAHUN BARU YANG MUNCUL KITA AKAN MENAIKKAN NAMA PROCC DIMATA MASYARAKAT
SELAMAT TAHUN BARU DARI ADMIN SEKELUARGA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Isnin, 29 Disember 2008

JEMPUTAN KESEMUA AHLI PROCC PENANG KE TT PESTA PADA 31/12/08 UNTUK MENJAYAKAN AUTOSHOW YUSUF DAN MENAIKKAN NAMA PROCC PENANG



MARI BERAMAI - RAMAI DATANG KE PESTA PADA 31/12/08 UNTUK KITA SAMA SUPPORT YUSUF DI AUTUSHOW PESTA KEDATANGAN ANDA DI ALU-ALUKAN. PUKUL 8:00 MALAM BERKUMPUL DALAM PESTA DEKAT DGN AUTOSHOW.

Ahad, 28 Disember 2008

UCAPAN TAHNIAH KEATAS AHLI -AHLI PENANG YANG TERBABIT DALAM CARTA ORGANISASI PROCC PENANG TAHUN 2009
DIHARAPKAN AJK YANG TERLIBAT BERKHIMAT DGN CEKAP, AMANAH, DEDIKASI, JUJUR DAN BERSOPAN - SANTUN
CARTA ORGANISASI PROCC PENANG TAHUN 2009
Pengurus negeri : Arie Penolong
Pengurus Negeri 1 : Putera_Magsaver
Penolong Pengurus Negeri 2 : Ejat_Gti
Setiausaha Negeri : Asu
Penolong Setiausaha : Rizar
Bendahari Negeri : Arie
Juru Audit Dalaman 1 : Chik_239
Juru Audit Dalaman 2 : Dewa Perang
Ajk Negeri : Ketua & Pembantu Team Zone ProCC Negeri
Team Zone ProCC Penang
ProCC Event Management ( ProCC EM )
Ketua : Ina_Bum
Pembantu : Ayie_Png
ProCC Badminton Team ( ProCC BT )
Ketua : Lan_Pgh @ kelana
Pembantu : Cha’ a ProCC
Radio Amatur Team ( ProCC RAT )
Ketua : Chik_249
Pembantu : Putera_Magsaver
ProCC Bowling Team ( ProCC Bowling )
Ketua : Nasriq
Pembantu : Nasa @ ahli nujum
Procc Marshall Team ( ProCC MT )
Ketua : TT_boy @ abg man
Pembantu : Jamel
Badan Kebajikan ProCC Team
Ketua : Mijan
Pembantu : Wady
ProCC Supportter Team ( ProCC SPT )
Ketua : Chik_249
Pembantu : Dewa Perang
ProCC Joran Team ( Procc JT )
Ketua : Ayien_2638
Procc Football Club ( ProCC FC )
Ketua : Monorail @ palie
Pembantu : Zidane, dyenne
ProCC Racing Development Team ( ProCC RDT )
Ketua : Kyrol
Pembantu : Sany, Kaber
ProCC Adventure Team ( ProCC AT )
Ketua : kekosongan
ProCC Snooker Team ( ProCC ST )
Ketua : Lan @ azizi
Pembantu : Arizal_07

Sabtu, 27 Disember 2008

TERKINI DARI NEGERI SEMBILAN
YANG DIPERTUA BESAR NEGERI SEMBILAN
TUANKU JAAFAR IBNI AL-MARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN
MAGKAT PADA JAM 11:45 PAGI TADI DI HOSPITAL TENGKU JAAFAR NEGERI SEMBILAN
JENAZAH ALLAHYARHAM AKAN DIBAWA KE ISTANA SERI MENANTI KUALA PILAH DAN DIMAKAMKAN PADA HARI ISNIN INI SELEPAS SOLAT ASAR
MARI KITA BERSEDAK AL-FATIHAH KEPADA ALMARHUM.
AL -FATIHAH
TAHNIAH KEPADA SEMUA PROCC UTARA ATAS KEJAYAAN KONVOI KE SEDIM
salam bergegar dari asu keatas kesemua ahli - ahli procc utara termasuk pahang kerana telah mengambil bahagian konvoi procc utara ke sedim. sehubungan dgn ini kita berjaya mencatat sejarah sebagai konvoi terpajang peringkat utara, insyaallah kemungkinan kita juga mencatatkan konvoi terpanjang procc semalaysia kalau di sahkan oleh en hifni. syabas syabas syabas saya ucapkan kepada semua.
Jentera yang dapat dikira oleh asu: 72 kenderaan semasa konvoi ke sedim
Tetamu : 120 orang
KAMI DARI PROCC PENANG MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PROCC KEDAH, PROCC PERLIS, PROCC PERAK, PROCC PAHANG DAN SAUDARA MARA PROCC KERANA DAPAT MENJADIKAN KONVOI INI SATU KEGEMBIRAAN UNTUK KESEMUA ORANG.
Kepada ajk ajk syabas atas usaha anda dapat mejayakan konvoi dengan sempurna.
Cinderella syabas kerana orang pertama yang datang dulu ke bke kubang semang

Selasa, 23 Disember 2008

PERHATIAN KEPADA KESEMUA PROCC PENANG!
YUSUF AKAN BUAT DEMO SHOW KERETA DI PESTA PADA 31/12/08 DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG, DIHARAPKAN KITA SAMA2 DAPAT MENHADIRKAN DIRI KE PESTA PADA MALAM ITU DAN SESAMA SAMBUT TAHUN BARU SEKIAN.
PERHATIAN KEPADA KESEMUA PROCC UTARA
MARILAH BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS KENDURI AHLI PROCC PENANG DI SUNGAI PETANI KEDAH PADA 27/12/08. SILA TEL ARIE, ASU DAN EJAT UNTUK INFO PASAL KENDURI INI, KITA BOLEH BUAT 1 KONVOI KE RUMAH AHLI PROCC PENANG DISANA.

Sabtu, 6 Disember 2008

PERHATIAN KESEMUA PROCCPENANG
ADMIN AKAN MEWUJUDKAN SATU SECTION DIMANA KITA AKAN MEGENALI SATU SAMA LAIN
SATU SECTION MENGANDUNGI PROFIL AHLI PROCC PULAU PINANG DAN SATU LAGI SECTION SNAP GAMBAR TERHANGAT
PROFIL AHLI PROCC PULAU PINANG ADALAH UNTUK MEGENALI SESEORANG ITU DGN LAGI DEKAT DAN LAGI MESRA
BAGI SNAP GAMBAR TERHANGAT IALAH SATU GAMBAR YANG MANA GAMBAR INI DIAMBIL DARI LUAR TAKBIR @ WAKTU YANG MELUCUKAN.
SILA POLL DISEBELAH